Assalamualaikum, Hello & Welcome to my blog. This blog is the place where I share my feelings about life, interests, current affairs, books & my thoughts on reality. Life is crazy but it's our life. Taking care of ourselves & enjoy our lives. Peace!!


21 January 2011

Berat mata memandang...

Serba salah tentu nasib adik

KLANG: “Hari ini (semalam) saya terpaksa buat keputusan sama ada nak benarkan doktor potong kedua-dua tangan adik saya atau tunggu alternatif daripada pakar lain untuk selamatkan organ adik saya,” kata, Maryuni Miskon, 32, kakak kepada Muhd Hairuman Miskon, 22, ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Maryuni berkata, sukar untuknya membuat keputusan dan doktor tiada pilihan lain kecuali memotong kedua-dua tangan adiknya kerana selnya sudah mati, manakala kedua-dua kakinya kemungkinan akan dipotong kerana sudah mula mereput dan kehitaman.

Mengimbas kejadian dua bulan lalu di Masjid Baroh, Tanjung Karang, dekat sini, Maryuni berkata, adiknya yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik terkena renjatan elektrik ketika mengambil upah membersihkan ladang kelapa sawit bersama seorang rakannya.
Ketika kejadian sekitar jam 9 pagi, 26 November lalu katanya, adiknya cuba mengait pelepah kelapa sawit.

Katanya, malam sebelum kejadian, hujan lebat mengakibatkan pelepah daun kelapa sawit basah.

“Saya difahamkan Muhamad Hairuman yang mengait pelepah kelapa sawit terkena kabel elektrik bervoltan tinggi menggunakan galah besi.

“Tiba-tiba satu dentuman kuat menyebabkan adik saya terpelanting kira-kira lima meter dan badannya mengeluarkan asap,” katanya.

Rakannya, Mohd Zikri Dri, 24, yang berada 100 meter tidak cedera cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi gagal apabila Muhd Hairuman masih tidak sedarkan diri lalu memanggil ahli keluarga serta jiran sebelum melaporkan kepada polis.

Akibat kejadian itu, Muhamad Hairuman yang juga bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang (HTK) apabila hampir 35 peratus badannya terbakar dan melecur sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Bagaimanapun kelmarin dia dipindahkan ke HTAR, di sini, bagi urusan memotong tangan.

Maryuni berkata, hatinya sebak melihat penderitaan ditanggung adiknya itu dan kerap mengadu kulitnya seperti mahu tercabut kerana panas dan apabila berpeluh dia mengerang kesakitan.

“Sejak hari pertama adik terkena renjatan elektrik, tiada satu pihak pun tampil memberi sumbangan.

“Malah, saya terpaksa mengeluarkan simpanan kira-kira RM15,000 untuk perbelanjaannya,” katanya.

Maryuni berkata, Muhd Hairuman anak yatim piatu dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.

Katanya, dia juga sudah membuat tinjauan di ladang kelapa sawit itu dan mendapati kawasan itu memang berbahaya berikutan tidak diselenggara manakala pagarnya sudah rosak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (MBM), Abdul Rizam Mohd Akhir yang melawat mangsa berkata, sehingga kini pihaknya masih mencari agensi yang sudi tampil memberikan sumbangan kepada Muhd Hairuman kerana dia memerlukan perbelanjaan besar untuk meneruskan hidup sebagai orang kurang upaya (OKU).

Orang ramai ingin menghulur bantuan boleh menghubungi Ketua Aduan Belia, Majlis Belia Malaysia HM Rizan di talian 012-2853630.

Kepada yang ingin menderma, di bawah ini adalah nombor akaun kakak mangsa.

NAMA : MARYUNI BINTI MISKON

BANK: CIMB

NO AKAUN : 1257 0000 203529


lg gambar KLIK SINI

***Sungguh sy sgt sebak & sedih baca kisah ini, semoga Allah swt memberi kemudahan dan ketabahan kepada adik Mohd Hairuman utk menghadapi liku-liku kehidupan mendatang.
Sumber: Harian Metro, Rabu 19 Januari 2011

08 January 2011

Tips Menulis Resume


Kali ni sengaja saya ingin menceritakan tentang tips penulisan resume yang dipraktikkan oleh saya selama hidup selepas bergelar graduan (hehe...mcm best je nak guna word ni).  It was eight years ago but I just feel like I have graduated last month. (Nmpk sgt malas belajar, sbb rasa baru kemarin tak tido mlm buat project paper & programming + terrible xprience for software engineering, ekeke...)

I am an ordinary person with a simple appearance and the reality is large numbers of people have a resume that is outstanding results in education or sport.  So I eventually had many competitors in Malaysia specifically in IT field, huhu...

I got my 1st job after an internship, I've worked for 3 years, then at the beginning of year 4, I started with job hunting.  Mmg tak sabar nak try other workplace and learn something new.  Tp biasela dasar penakut tu ttp ada & no call for interview yet.

I try to find out how to write a good resume.  I've got this tips :- You may, in your mind, have a resume that is outstanding but the person who looks at it, isn’t impressed.  There is no perfect resume, cover letter, interview tricks, perfect job, etc.  Ayat keramat ni sy jumpa kat Internet tp tak ingat linknya.  So sy buat resume yg sgt simple.  Alhamdulillah, sy dpanggil intvw wpon resume sy bukanla terbaik tp masih blh dterima agaknye.

Ini ciri2 resume standard klu sy yg buat, =)  Ada 3 mukasurat, tak banyakkan.

1) page 1 - surat permohonan

2) page 2 to 3- resume:- Ringkas, padat & berinformasi.  Maklumat yang sy letakkan adalah:
  • Gambar
  • Biodata
  • Educational Background
  • Co-curricular Activity
  • Work Experiences
  • Languages - sy buat table
  • Computer Proficiencies - sy buat table
  • Ketrampilan Personaliti - cth: Personaliti menyenangkan dan berfikiran positif. (Ini yg biasa sy buat, perasan, LOL..)
  • Kekuatan - cth: Berkebolehan bekerja di bawah tekanan dan tugasan yang pelbagai.  Kerana ayat power ni la sy pernah dipanggil intvw utk peg sistem maklumat (rangkaian). 
          Inteviewer: "Boleh ke awak panjat syiling buat cabling?"
          Saya: "Tak bolehla encik."  (hehe.. hakikatnya sy adalah seorang penakut)
  • References - 2 orang
    3). Klu mohon guna email, adalah sgt baik file anda convert to pdf format. Converter bleh didapati free kt
    http://www.cutepdf.com/products/cutepdf/writer.asp.  Jika dberi option samada boleh email atau pos, hantarla kedua2 nya.

    4). Gambar (subject penting), adik2 kena ingat pepatah berguna ni, A picture worth a thousand words atau First impression.  Mmg la klu bercinta org slalu kata Don't judge a book but it's cover tp dlm resume tdk begitu, hoccay my dear, ingat tu.  Mmg wajah tak blh diubah tp blh diserikan lg kan.

    5). Klu anda seorang graduan IT gunakanla ia sebaik2 nya, mcm sy amek gambar kt kedai, ada je tak kena, tudung sengetla, senyum tak jadila, masam sgt plak, dh la caj 8 hinggit, at last pakai gambar sendiri yg diambil ditepi pantai, diedit menggunakan photoshop, utk lbh mudah, free software - photoscape pon ado.  Berbaloi2, hasilnya tiada lg jerawat atau anything else yg menyakitkan mata. Tapi pastikan gambar adalah hampir menyerupai gambar formal utk IC/Passport ya.

    6). Salary - Biasanya sy tdk meletakkan Expected Salary kecuali diminta. Sy akan letakkan jawatan utk degree holder: cth 2 500 - 3 500 (nego).  Anda mesti meletakkan jumlah yg bersesuaian dgn education dan experience.

    7).  Percaya pada takdir, bila gagal jgnla terlalu kecewa, cuba & terus mencuba, InsyaAllah ada jalannya.

    **Thank you sir to gave me this wonderful opportunity. C nxt en3 ya...

    03 January 2011

    Happy New Year 2011


    Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.  Meriah betul sambutan Tahun Baru kat K.L, bukan setakat kt K.L je kat belakang rumah saya ni pun meriah.  Azam baru, azam baru, azam baru, azam tahun lepas dah tercapai ke? Hehe...Biasalah kehidupan tak selalunya seperti apa yang dirancang, Dia la jua penentu segalanya.  Usaha sehingga berjaya k.  Chayook...

    other stories:

     

    Blog Template by YummyLolly.com